SENARAI NILAI MURNI

SENARAI NILAI MURNI



 

NILAI-NILAI MORAL DAN PENERANGANNYA


Bil
Nilai
Penerangan/Definisi
 
1
Kepercayaan kepada Tuhan
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
 
2
Amanah
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
 
3
Harga Diri
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan
 
4
Bertanggungjawab
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna
 
5
Hemah Tinggi
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
 
6
Toleransi
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup
 
7
Berdikari
Kebolehan dan kesanggupan  melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
 
8
Kerajinan
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan ,kecekalan,kegigihan,dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
 
9
Kasih Sayang
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
 
10
Keadilan
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
 
11
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
 
 
 
12
Kesederhanaan
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sana ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
 
13
Kasih Sayang terhadap keluarga
Perasaan cinta,kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.
 
14
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
 
15
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
Menerima,menghormati,mengamalkan adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga
 
16
Tanggungjawab terhadap keluarga
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga  untuk melahirkan keluarga
Bahagia, meningkatkan imej dan  menjaga maruah keluarga
 
17
Menyayangi dan menghargai Alam Sekitar
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara    alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
 
18
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara
 
19
Kemapanan Alam Sekitar
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup
 
20
Peka terhadap isu-isu Alam Sekitar
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan  berusaha menyelesaikannya
 
21
Cinta akan Negara
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
 
22
Taat Setia kepada Raja dan Negara
 
Kepatuhan dan kesetiaan kepada raja dan Negara
23
Sanggup berkorban untuk Negara
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu  sebagai tanda berbakti untuk negara
 
 
24
Melindungi Hak kanak-kanak
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan meraka yang sempurna
 
25
Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara
 
26
Melindungi hak pekerja
Menghormati,menghargai dan mengiktiraf  perkhidmatan jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara
 
27
Menghormati hak golongan kurang berupaya
 
Memberi layanan yang sopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan tuhan
 
28
Melindungi hak pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
 
29
Mematuhi peraturan dan undang-undang
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
 
30
Kebebasan bersuara
Kebebasan berucap dan mengeluarkan buah fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
 
31
Kebebasan beragama
Kebebasan setiap individu menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia
 
32
Penglibatan diri dalam pembangunan Negara
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan,undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
 
33
Sikap keterbukaan
Bersedia memberi dan menerima pandangan,pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
 
34
Hidup bersama secara aman
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama,bangsa dan budaya.
 
 
35
Saling membantu dan bekerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan Negara untuk mencapai sesuatu matlamat.
 
36
Saling menghormati antara negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara Negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.
 

 

 

 

Tiada ulasan: